Sunday, May 11, 2008

Buku Indonesia: Salafi: Sebuah Fase Sejarah, Bukan Mazhab


Judul Buku: Salafi: Sebuah Fase Sejarah, Bukan Mazhab

Pengarang Asal: Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti

Judul Asal: As-Salafiyyah: Marhalah Zamaniyyah Mubarakah, La Mazhab Islami

Penterjemah: Futuhal Arifin Lc.

Terbitan: Gema Insani

Sinopsis:

Buku ini dikarang oleh Prof. Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti, seorang ulama' Syam yang dikagumi keilmuan beliau. Buku ini membicarakan tentang mahfum sebenar istilah Salaf dalam tradisi ilmu Islam sejak zaman berzaman. Ianya menjelaskan bahawasanya, istilah salaf itu bukanlah suatu mazhab dalam Islam, sepertimana yang dianggap oleh sebahagian mereka yang mengaku sebagai salafi, tetapi istilah salaf itu sendiri merujuk kepada suatu zaman awal umat Islam (kurun pertama-ke 3 H).
Salafus-soleh adalah mereka yang hidup di zaman Nabi s.a.w. dan zaman yang hampir dengan zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat, bukan mereka yang mendakwa sebagai salafi di akhir zaman ini. Istilah salafi itu merujuk kepada suatu masa, bukan kepada suatu kerangka pemikiran ataupun manhaj dalam Islam, kerana dalam kalangan salafus-soleh itu sendiri, mempunyai pelbagai manhaj yang berbeza antara para ulama.
Buku ini suatu jawapan yang ilmiah kepada kelompok yang mendakwa diri mereka sebagai salafi atau salafiyyah. Ia mengupas banyak persoalan-persoalan yang timbul dari kelompok tersebut.
Harga: RM 39.00
No Talian: 0341496090 (MEG Sdn. Bhd.)
Email: mideast02@yahoo.com

No comments: