Tuesday, May 20, 2008

Buku-buku: Perbahasan Tentang Hukum Kuburan

Judul: Al-Ifham Wal Ifham Qadhoya Al-Wasilah wa Al-Qubur

Pengarang: Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim

Antara Kandungan:

Buku ini menjelaskan makna sebenar tawassul yang disyariatkan dalam Islam. Buku ini menjelaskan perbezaan antara wasilah yang diamalkan oleh umat Islam dengan perantaraan yang diamalkan oleh penyembah berhala.

Buku ini juga menjelaskan tentang makna Istighasah, dan seterusnya menjelaskan tentang hukum ziarah kubur.

Harga: RM 15.00



Judul Buku: Sy'ua' An-Nur fi Ahkam Al-Qubur

Penyusun: Sheikh Ahmad Farid Al-Mazidi

Sinopsis: Buku ini menjelaskan secara padat dan ringkas berkenaan dengan hukum-hukum mengenai kuburan dalam perbahasan ulama' fiqh.

Antara risalah-risalah ulama' yang terhimpun dalam buku ini adalah seperti risalah Sheikh Ahmad bin Mansur Al-Jundi dalam tanbihul azkiya' dalam buku jam'ul maqal dan sebagainya, dalam menjelaskan tentang binaan atas kuburan dan sebagainya.


Harga: RM10.00





Judul Buku: Ihya' Al-Maqbur min Adillah Jawaz Bina' Al-Masajid 'Ala Al-Qubur dan buku: 'Ilam Ar-Raki' wa As-Sajid bi ittikhoz Al-Qubur Masajid

Pengarang: Sheikh Abdullah As-Siddiq Al-Ghumari

Sinopsis:

Kedua-dua risalah ini termuat dalam satu buku yang mana kedua-duanya membahaskan tentap persoalan dan masalah yang hampir sama iaitu tentang hukum membina binaan dan masjid di kuburan. Adapun risalah kedua membahaskan tentang hukum bersolat di masjid yang mengandungi kubur, berserta dengan dalil-dalilnya daripada Al-Qur'an, As-Sunnah dan perkataan para ulama' yang muktabar.

Harga: RM 6.00

No comments: