Thursday, May 8, 2008

Buku Melayu: Makna Sebenar Bid'ah: Satu Penjelasan Rapi



Persoalan bid'ah menjadi perbahasan ulama' sejak zaman silam hingga ke hari ini. Buku ini cuba mengupas makna sebenar bid'ah berpandukan kajian ilmiah yang mantap dan terperinci serta diperjelaskan dengan begitu rapi. Setiap hujah bersumberkan dalil-dalil Al-Qur'an Al-Hadith dan Al-Athar serta mengambil pandangan jumhur ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah.

Buku ini sangat diperlukan khususnya di zaman kini, di mana timbul golongan yang cuba memecah-belahkan umat Islam dengan isu-isu berkenaan bid'ah yang disalaherti. Ianya sesuai untuk dijadikan rujukan bagi orang awam dan para penuntut ilmu yang ingin memahami hakikat sebenar berkenaan dengan bid'ah ini.

Ia diterbitkan oleh Middle East Global (M) Sdn. Bhd. Ianya dijual dengan harga RM 20.00 senaskhah. Sila hubungi no berikut untuk maklumat lanjut: +603-41496090 atau no faks: +60341498090. Email: mideast02@yahoo.com

No comments: