Sunday, May 11, 2008

Buku: Al-Kasyif As-Soghir 'An 'Aqoid Ibn Taimiyah


Judul: Al-Kasyif As-Soghir 'an 'Aqo'id Ibn Taimiyah

Pengarang: Sheikh Sa'id Fudah Abdul Latif

Terbitan: dar Al-Razi ( www.al-razi.net )

Sinopsis:

Buku ini membongkar aqidah sebenar Ibn Taimiyah berdasarkan beberapa buku karangan Ibn Taimiyah sendiri, terutamanya dari buku beliau yang bertajuk "At-Ta'sis fi Ar-Rad 'ala Asas At-Taqdis". Penulis (Sheikh Sa'id Fudah) menyusun teks-teks ucapan Ibn Taimiyah dalam buku tersebut lalu merungkai makna sebenar yang ingin disampaikan oleh Ibn Taimiyah dari tulisan beliau, yang mana, maksud-maksud sebenar Ibn Taimiyah tersebut tersembunyi daripada ramai orang awam yang tidak menguasai ilmu Mantiq.

Ibn Taimiyah yang terkenal sebagai antara ilmuan yang menolak Ilmu Mantiq, dalam masa yang sama tenggelam dalam penggunaan Ilmu Mantiq itu sendiri dalam buku-buku karangan beliau. Namun, sebahagian yang mendakwa sebagai pengikut beliau dalam masalah aqidah gagal memahami aqidah sebenar Ibn Taimiyah kerana tidak memiliki kemahiran dalam Ilmu Mantiq, sedangkan Ibn Taimiyah ialah seorang yang mahir dalam penggunaan Ilmu Mantiq, walaupun beliau sendiri menolak ilmu tersebut.

Sheikh Sa'id Fudah menyingkap satu persatu aqidah Ibn Taimiyah dari penulisan Ibn Taimiyah sendiri, dan mengeluarkan maksud yang tersirat daripada ungkapan yang tersurat dalam tulisan Ibn Taimiyah. Buku ini amat bermanfaat dalam rangka untuk membuat analisis dan kajian ilmiah secara terbuka dan dalam rangka untuk melepaskan diri daripada ta'assub kepada seseorang ulama'.

Harga: RM 45.OO (hard cover)

No Talian: 03-4149 6090 (MEG SDN. BHD.)

No comments: