Tuesday, May 20, 2008

Buku: Al-Adillah Al-Bahirah


Judul Buku
: Al-Adillah Al-Bahirah

Pengarang: Dr. Umar Abdullah Kamil

Sinopsis:

Buku ini suatu buku dalam menolak golongan syiah dengan membongkar penyelewengan kaum Syiah dan seterusnya membuktikan bahawa golongan ahlus-sunnah wal jamaah adalah golongan yang lebih mencintai ahli keluarga Nabi s.a.w., begitu juga dengan para sahabat r.a. yang mana kebanyakkan mereka telah dikafirkan oleh Syiah yang melampau.

Antara Isi Kandungan:

Membongkar Aqidah Syi'ah yang menyelewengkan makna Al-Qur'an.

Membongkar konsep-konsep kebatilan dalam syi'ah seperti masalah taqiyyah, masalah nikah mut'ah, masalah mencela para sahabat r.a. dan ummul mu'minin dan sebagainya dengan jawapan-jawapan daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam menolak kebatilan mereka.

Menjelaskan tetntang kecintaan Saidina Ali r.a. terhadap para khulafa' Ar-Rasyidin yang lain seperti Saidina Abu Bakr, Saidina Umar dan Saidina Utman r.a..

Buku ini meriwayatkan juga bukti-bukti kecintaan para ulama' sunni terhadap ahlu-bait Rasulillah s.a.w..

Buku ini turut menukilkan perkataan-perkataan para imam ahlul-bait dalam kecintaan mereka kepada para sahabat r.a..

Buku ini turut meriwayatkan pelbagai hadith tentang keistimewaan dan kemuliaan para ahlul-bait seperti yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadith para ulama' sunni.


Harga: RM 16.00

No Telefon: 03-41496090

Email: mideast02@yahoo.com

1 comment:

Halwa Arraudha said...

Assalamu'alaikum ustaz,
sy berminat untuk mendapatkan buku ni. Bagaimana untuk ke kedai buku ustaz dr stesyen lrt wangsa maju? blhkah ustaz berikan alamat kedai?