Wednesday, May 21, 2008

Buku-buku fiqh: Al-Umm, Al-Wasith, Minhaj At-Tholibin, Tuhfatul Muhtaj, Al-Baijuri ala Manhaj, Al-Baijuri ala Al-Khatib, I'anah, H Syarqowi

Judul: Al-Umm (9 jilid)


Pengarang: Al-Imam Al-Mujtahid Al-Mustaqil Abu Abdillah Muhammad ibn Idris As-Syafi'e


Terbitan: dar kutub ilmiyyah, beirut

Harga: RM 340.00



Judul: Al-Wasith fi Al-Mazhab (4 jilid)

Pengarang: Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali

Terbitan: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut

Harga: RM 171.00






Judul: Minhaj At-Tolibin fi fiqh Al-Imam As-Syafi'e (3 jilid)


Pengarang: Al-Imam Al-Muhaddith Muhyiddin Abu Zakaria Ya

hya bin Syarf An-Nawawi


Terbitan: Dar Al-Basya'ir Al-Islamiyyah


Harga: RM 260.00




Judul: Tufatul Muhtaj bi syarh Al-Minhaj (4 jilid

Pengarang: Sheikhul Islam Syihabuddin Abu Al-Abbas Ahmad bin Muhammad ibn Ali ibn Al-Hajar Al-Haitami

Terbitan: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah


Harga: RM 189.00





Judul: Hasyiyah Al-Bujairimi 'ala syarh manhaj At-Thullab (4 jilid)


Pengarang: Al-Allamah Al-Sheikh Sulaiman bin Muhammad Al-Bujairimi


Terbitan: Terbitan: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah


Harga: RM 228.00




Judul: Hasyiyah Al-Bujairimi 'ala Al-Khatib (5 jilid)


Pengarang: Al-Allamah Al-

Sheikh Sul

aiman bin Muhammad Al-Bujairimi


Terbitan: Terbitan: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah


Harga: RM 257.00




Judul: Hasyiyah I'anah At-Tholibin 'ala hal alfaz fathi al-Mu'in (4 jilid)


Pengarang: Al-Allamah Al-Sheikh Abu Bakr Uthman bin Muhammad Ad-Dimyathi


Terbitan: Terbitan: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah


Harga: RM 200.00




Judul: Hasyiyah Al-Syarqowi tuhfatu At-Thullab (4 jilid)


Pengarang: Al-Allamah Al-Sheikh Abdullah bin Hijazi As-Syafi'e Al-Syarqowi


Terbitan: Terbitan: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah


Harga: RM 200.00

Tuesday, May 20, 2008

Buku-buku: Perbahasan Tentang Hukum Kuburan

Judul: Al-Ifham Wal Ifham Qadhoya Al-Wasilah wa Al-Qubur

Pengarang: Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim

Antara Kandungan:

Buku ini menjelaskan makna sebenar tawassul yang disyariatkan dalam Islam. Buku ini menjelaskan perbezaan antara wasilah yang diamalkan oleh umat Islam dengan perantaraan yang diamalkan oleh penyembah berhala.

Buku ini juga menjelaskan tentang makna Istighasah, dan seterusnya menjelaskan tentang hukum ziarah kubur.

Harga: RM 15.00



Judul Buku: Sy'ua' An-Nur fi Ahkam Al-Qubur

Penyusun: Sheikh Ahmad Farid Al-Mazidi

Sinopsis: Buku ini menjelaskan secara padat dan ringkas berkenaan dengan hukum-hukum mengenai kuburan dalam perbahasan ulama' fiqh.

Antara risalah-risalah ulama' yang terhimpun dalam buku ini adalah seperti risalah Sheikh Ahmad bin Mansur Al-Jundi dalam tanbihul azkiya' dalam buku jam'ul maqal dan sebagainya, dalam menjelaskan tentang binaan atas kuburan dan sebagainya.


Harga: RM10.00





Judul Buku: Ihya' Al-Maqbur min Adillah Jawaz Bina' Al-Masajid 'Ala Al-Qubur dan buku: 'Ilam Ar-Raki' wa As-Sajid bi ittikhoz Al-Qubur Masajid

Pengarang: Sheikh Abdullah As-Siddiq Al-Ghumari

Sinopsis:

Kedua-dua risalah ini termuat dalam satu buku yang mana kedua-duanya membahaskan tentap persoalan dan masalah yang hampir sama iaitu tentang hukum membina binaan dan masjid di kuburan. Adapun risalah kedua membahaskan tentang hukum bersolat di masjid yang mengandungi kubur, berserta dengan dalil-dalilnya daripada Al-Qur'an, As-Sunnah dan perkataan para ulama' yang muktabar.

Harga: RM 6.00

Buku: Al-Adillah Al-Bahirah


Judul Buku
: Al-Adillah Al-Bahirah

Pengarang: Dr. Umar Abdullah Kamil

Sinopsis:

Buku ini suatu buku dalam menolak golongan syiah dengan membongkar penyelewengan kaum Syiah dan seterusnya membuktikan bahawa golongan ahlus-sunnah wal jamaah adalah golongan yang lebih mencintai ahli keluarga Nabi s.a.w., begitu juga dengan para sahabat r.a. yang mana kebanyakkan mereka telah dikafirkan oleh Syiah yang melampau.

Antara Isi Kandungan:

Membongkar Aqidah Syi'ah yang menyelewengkan makna Al-Qur'an.

Membongkar konsep-konsep kebatilan dalam syi'ah seperti masalah taqiyyah, masalah nikah mut'ah, masalah mencela para sahabat r.a. dan ummul mu'minin dan sebagainya dengan jawapan-jawapan daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam menolak kebatilan mereka.

Menjelaskan tetntang kecintaan Saidina Ali r.a. terhadap para khulafa' Ar-Rasyidin yang lain seperti Saidina Abu Bakr, Saidina Umar dan Saidina Utman r.a..

Buku ini meriwayatkan juga bukti-bukti kecintaan para ulama' sunni terhadap ahlu-bait Rasulillah s.a.w..

Buku ini turut menukilkan perkataan-perkataan para imam ahlul-bait dalam kecintaan mereka kepada para sahabat r.a..

Buku ini turut meriwayatkan pelbagai hadith tentang keistimewaan dan kemuliaan para ahlul-bait seperti yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadith para ulama' sunni.


Harga: RM 16.00

No Telefon: 03-41496090

Email: mideast02@yahoo.com

Thursday, May 15, 2008

Buku: Ar-Rasa'il Al-Salafiyyah


Judul Buku: Ar-Rasa'il As-Salafiyyah

Pengarang: Sheikh Abdullah Al-Husaini Al-Hasyimi

Sinopsis:

Antara isu-isu yang disentuh dalam buku ini ialah:-

hadith tentang amalan dibentangkan di hadapan Nabi s.a.w..

Hadith-hadith tentang Nabi s.a.w. makhluk awal yang diciptakan

Perbahasan-perbahasan tentang taqlid dan ijtihad

Perbahasan tentang takdir

Harga: RM 6.00


Hasyiyah Al-Syarqowi 'Ala Tuhfatu At-Thullab (4 jilid)


Judul Buku: Hasyiyah Al-Syarqowi 'Ala Tuhfatu At-Thullab (4 jilid)

Pengarang: Imam Abdullah bin Hijazi Al-Azhari Al-Syarqowi

Sinopsis:

Buku ini merupakan antara rujukan utama dalam mazhab As-Syafi'e. Buku ini ialah syarah Imam Al-Syarqawi terhadap buku tuhfatut At-Thullab karangan Sheikhul Islam Imam Abu Yahya Zakaria Al-Anshori. Buku ini menghuraikan perbahasan-perbahsan fiqh dalam mazhab Al-Syafi'e.

Harga: RM 200.00

No Telefon: 03-41496090

Email: mideast02@yahoo.com

Wednesday, May 14, 2008

Buku: Abkar Al-Afkar fi Usuliddin


Judul Buku: Abkar Al-Afkar fi Usuliddin (3 jilid)

Pengarang: Imam Saifuddin Abu Al-Hasan Ali bin Muammad Al-Amidi (631 H)

Sinopsis:

Buku ini merupakan antara buku rujukan utama dalam bidang Usuluddin, iaitu masalah yang melibatkan persoalan-persoalan aqidah. Ia merupakan buku rujukan utama dalam membahaskan tentang aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah.


Buku ini membahaskan tentang sifat-sifat ketuhanan secara lengkap dengan dalil-dalil naqli mahupun dalil-dalil aqli. Buku ini juga mengkritik dan menolak fahaman-fahaman sesat dalam kelompok umat Islam seperti kelompok mujassimah, musyabbihah, muktazilah dan sebagainya.

Buku ini amat penting untuk dijadikan rujukan bagi para pentuntut ilmu yang ingin mendalami ilmu usuluddin ini.

Harga: RM 171.00 (3 jilid)

No Telefon: 03-41496090

Email: mideast02@yahoo.com



Judul Buku: Al-Farq Al-Azhim baina At-Tanzih wa At-Tajsim

Pengarang: Sheikh Sa'id Abdul Latif Fudah

Sinopsis:

Buku ini menjelaskan tentang perbezaan antara konsep tanzih (menyucikan sifat-sifat Allah s.w.t.) dengan fahaman tajsim yang dipelopori oleh para mujassimah, dengan perbahasan yang ilmiah. Buku ini wajar dimiliki oleh para penuntut ilmu khususnya dalam bidang usuluddin, kerana ianya merupakan antara perbahasan yang mudah dan padat.

Sheikh Sa'id Fudah yang terkenal sebagai antara para ulama' ahlus-sunnah wal jamaah yang disegani di serata dunia. Beliau berasal dari Jordon, dan kini giat berdakwah ke serata dunia. Buku yang beliau tulis ini memuatkan perbahasan ringkas dalam menolak fahaman tajsim yang kian menular atas nama salafi di zaman ini.

Harga: RM 8.00

No Telefon: 03-41496090

Email: mideast02@yahoo.com

Buku: Afdhol Maqul fi Manaqib Rasul


Judul: Afdhol Maqul fi Manaqib Afdhol Rasul

Pengarang: Sheikh Abu Al-Fadhl Abdullah bin As-Siddiq Al-Ghumari

Sinopsis:

Buku ini menceritakan tentang keagungan dan kemuliaan Nabi s.a.w. di sisi Allah s.w.t. dan di sisi seluruh makhluk. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan semulia-mulia makhluk ciptaan Allah s.w.t.. Buku ini juga menceritakan tentang kemuliaan keluarga Nabi s.a.w. dan beberapa keistimewaan Nabi s.a.w.. Buku ini turut memuatkan tentang sirah ringkas Nabi s.a.w. dan himpunan-himpunan dalil yang menunjukkan tentang keagungan Nabi s.a.w. dari pelbagai sudut.

Buku ini amat penting bagi mereka yang ingin mengenali Rasulullah s.a.w. dalam rangka untuk memupuk kecintaan kepada Nabi s.a.w. dalam diri. "Tak kenal maka tak cinta", bak kata pepatah Melayu dahulu-kala. Buku ini cukup ringkas tetapi isinya padat.

Harga: 12.00

No Telefon: 03-41496090

Email: mideast02@yahoo.com

Tuesday, May 13, 2008

Buku: Kafa Tafriqan Bi Ismi As-Salaf



Judul Buku: Kafa Tafrikan Lil Ummah Bi ism As-Salaf

Pengarang: Dr. Umar Abdullah Kamil

Terbitan: Darul-Mustofa

Sinopsis:

Buku ini merupakan sebuah buku yang menganalisis semula buku Dr. Safar Al-Hawali yang bertajuk "Naqd Manhaj Al-Asya'irah bi Al-Aqidah", di mana antara isi kandungan buku ini, penulis (Dr. Umar) menjelaskan tentang Salafus-Soleh yang sebenar, dan seterusnya menjelaskan hubungan yang erat antara manhaj Al-Asya'irah dengan salafus-soleh.

Buku ini cuba mengupas pemikiran golongan yang cuba mendakwa bahawasanya Al-Asya'irah tidak mengikut salafus-soleh, dengan kupasan yang ilmiah berdasarkan sumber-sumber turath Islam yang muktabar.

Harga: RM 15.00

No Telefon: 03-41496090 (MEG Sdn. Bhd.)


Monday, May 12, 2008


Judul Buku: Husnu At-Tafahhum wa At-Tark li mas'alati At-Tark

Pengarang: Sheikh Abu Al-Fadhl Abdullah bin Muhammad bin As-Siddiq Al-Ghumari

Terbitan: Maktabah Al-Kaherah

Sinopsis:

Buku ini membincangkan tentang kedudukan sebenar "perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.", dalam neraca ilmu usul fiqh. Adakah setiap perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu secara mutlak dilarang untuk melakukannya sepertimana yang disangka oleh segelintir kelompok yang jahil.

Buku ini menjelaskan secara ilmiah, berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, tentang kedudukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.. Ini bagi merungkai kekeliruan sesetengah pihak yang terlibat dengan budaya membid'ahkan secara sewenang-wenangnya.

Harga: RM 12.00


MEG: 03-41496090



Sunday, May 11, 2008

Buku: Al-Kasyif As-Soghir 'An 'Aqoid Ibn Taimiyah


Judul: Al-Kasyif As-Soghir 'an 'Aqo'id Ibn Taimiyah

Pengarang: Sheikh Sa'id Fudah Abdul Latif

Terbitan: dar Al-Razi ( www.al-razi.net )

Sinopsis:

Buku ini membongkar aqidah sebenar Ibn Taimiyah berdasarkan beberapa buku karangan Ibn Taimiyah sendiri, terutamanya dari buku beliau yang bertajuk "At-Ta'sis fi Ar-Rad 'ala Asas At-Taqdis". Penulis (Sheikh Sa'id Fudah) menyusun teks-teks ucapan Ibn Taimiyah dalam buku tersebut lalu merungkai makna sebenar yang ingin disampaikan oleh Ibn Taimiyah dari tulisan beliau, yang mana, maksud-maksud sebenar Ibn Taimiyah tersebut tersembunyi daripada ramai orang awam yang tidak menguasai ilmu Mantiq.

Ibn Taimiyah yang terkenal sebagai antara ilmuan yang menolak Ilmu Mantiq, dalam masa yang sama tenggelam dalam penggunaan Ilmu Mantiq itu sendiri dalam buku-buku karangan beliau. Namun, sebahagian yang mendakwa sebagai pengikut beliau dalam masalah aqidah gagal memahami aqidah sebenar Ibn Taimiyah kerana tidak memiliki kemahiran dalam Ilmu Mantiq, sedangkan Ibn Taimiyah ialah seorang yang mahir dalam penggunaan Ilmu Mantiq, walaupun beliau sendiri menolak ilmu tersebut.

Sheikh Sa'id Fudah menyingkap satu persatu aqidah Ibn Taimiyah dari penulisan Ibn Taimiyah sendiri, dan mengeluarkan maksud yang tersirat daripada ungkapan yang tersurat dalam tulisan Ibn Taimiyah. Buku ini amat bermanfaat dalam rangka untuk membuat analisis dan kajian ilmiah secara terbuka dan dalam rangka untuk melepaskan diri daripada ta'assub kepada seseorang ulama'.

Harga: RM 45.OO (hard cover)

No Talian: 03-4149 6090 (MEG SDN. BHD.)

Buku Indonesia: Salafi: Sebuah Fase Sejarah, Bukan Mazhab


Judul Buku: Salafi: Sebuah Fase Sejarah, Bukan Mazhab

Pengarang Asal: Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti

Judul Asal: As-Salafiyyah: Marhalah Zamaniyyah Mubarakah, La Mazhab Islami

Penterjemah: Futuhal Arifin Lc.

Terbitan: Gema Insani

Sinopsis:

Buku ini dikarang oleh Prof. Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti, seorang ulama' Syam yang dikagumi keilmuan beliau. Buku ini membicarakan tentang mahfum sebenar istilah Salaf dalam tradisi ilmu Islam sejak zaman berzaman. Ianya menjelaskan bahawasanya, istilah salaf itu bukanlah suatu mazhab dalam Islam, sepertimana yang dianggap oleh sebahagian mereka yang mengaku sebagai salafi, tetapi istilah salaf itu sendiri merujuk kepada suatu zaman awal umat Islam (kurun pertama-ke 3 H).
Salafus-soleh adalah mereka yang hidup di zaman Nabi s.a.w. dan zaman yang hampir dengan zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat, bukan mereka yang mendakwa sebagai salafi di akhir zaman ini. Istilah salafi itu merujuk kepada suatu masa, bukan kepada suatu kerangka pemikiran ataupun manhaj dalam Islam, kerana dalam kalangan salafus-soleh itu sendiri, mempunyai pelbagai manhaj yang berbeza antara para ulama.
Buku ini suatu jawapan yang ilmiah kepada kelompok yang mendakwa diri mereka sebagai salafi atau salafiyyah. Ia mengupas banyak persoalan-persoalan yang timbul dari kelompok tersebut.
Harga: RM 39.00
No Talian: 0341496090 (MEG Sdn. Bhd.)
Email: mideast02@yahoo.com

Thursday, May 8, 2008

Buku: Fatawa As-Subki

710
Judul Buku: Fatawa As-Subki (dua jilid)

Terbitan: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah

Sinopsis:

Buku ini ialah suatu himpunan bagi fatwa-fatwa Al-Allamah Al-Hujjah Al-Imam Taj Ad-Din As-Subki dalam masalah-masalah fiqh berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Beliau ialah seorang ulama' bermazhab As-Syafi'e yang agung.

Harga: RM 114.00

No Telefon: 03-41496090

Buku Melayu: Makna Sebenar Bid'ah: Satu Penjelasan Rapi



Persoalan bid'ah menjadi perbahasan ulama' sejak zaman silam hingga ke hari ini. Buku ini cuba mengupas makna sebenar bid'ah berpandukan kajian ilmiah yang mantap dan terperinci serta diperjelaskan dengan begitu rapi. Setiap hujah bersumberkan dalil-dalil Al-Qur'an Al-Hadith dan Al-Athar serta mengambil pandangan jumhur ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah.

Buku ini sangat diperlukan khususnya di zaman kini, di mana timbul golongan yang cuba memecah-belahkan umat Islam dengan isu-isu berkenaan bid'ah yang disalaherti. Ianya sesuai untuk dijadikan rujukan bagi orang awam dan para penuntut ilmu yang ingin memahami hakikat sebenar berkenaan dengan bid'ah ini.

Ia diterbitkan oleh Middle East Global (M) Sdn. Bhd. Ianya dijual dengan harga RM 20.00 senaskhah. Sila hubungi no berikut untuk maklumat lanjut: +603-41496090 atau no faks: +60341498090. Email: mideast02@yahoo.com

Buku: Ahlus Sunnah Al-Asya'irah


Judul Buku: Ahlus Sunnah Al-Asya'irah

Penulis:

Ust Hammad Al-Sinan

Ust Fauzi Al-'Anjari


Sinopsis:

Buku ini menceritakan tentang Aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah dalam manhaj Al-Asya'irah. Buku ini menjawab tuduhan-tuduhan golongan tertentu yang menuduh sesat akan golongan Al-Asya'irah. Buku ini menjelaskan akan dalil-dalil kebenaran golongan Ahlus-Sunnah wal-Jamaah berdasarkan Al-Qur'an, As-Sunnah dan perkataan-perkataan para ulama'.

Untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi MEG (M) di talian: 03-41496090

atau email: mideast02@yahoo.com

Harga: RM 80.00

Buku: Al-Mukhtasar Al-Mufid fi syarh Jauharah At-Tauhid




Judul Buku: Al-Mukhtasor Al-Mufid fi syarh Jauhar At-Tauhid

Pengarang: Sheikh Nuh Ali Sulaiman Al-Ghuddoh (bekas Qodhi Al-Qudho di Jordan)

Keluaran: dar Al-Razi Jordan

Ringkasan:

Buku ini ialah sebuah karangan Sheikh Nuh dalam mensyarahkan matan jauhar At-Tauhid oleh Sheikh Ibrahim Al-Laqqani dalam bab Aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah. Ia merupakan suatu kitab yang menjelaskan secara ringkas dan padat berkenaan dengan aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah Al-Asya'irah.

Matan Jauharah At-Tauhid merupakan matan dalam bidang aqidah yang menjadi rujukan utama para penuntut ilmu Islam di kebanyakan negara Islam yang berpegang kepada aqidah ahlus-sunnah wal jamaah.

Sheikh Nuh mensyarahkan matan tersebut dengan bahasa yang mudah difahami oleh mereka yang mempunyai asas bahasa Arab. Ianya serba ringkas tetapi lengkap dan padat. Ia boleh didapati di MEG Sdn. Bhd.

Sila hubungi: 03-41496090

Atau e-mail: mideast02@yahoo.com

Harga Buku: RM 26.00